HEBAHAN RASMI DAURAH PENGAJIAN SEMPENA RABI’UL AWWAL 1448H
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
_“Apabila hati dipenuhi mahabbah kepada Rasulullah SAW, maka hidup akan dipimpin oleh cahaya sunnah, dan perjalanan menuju Allah SWT menjadi lebih indah.”_
Dengan penuh hormat, Madrasah Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah (MADAS) menjemput muslimin dan muslimat untuk menyertai Daurah Pengajian Sempena Bulan Rabi’ul Awwal 1448H.
Kitab: Al-Kawakib Ad-Durriyyah Fi Madhi Khairil Bariyyah
(_Terjemahan & Syarah Qasidah Burdah_)
Karya Al-Imam Muhammad bin Said Al-Bushiri
Diterjemah dan disyarahkan oleh Tuan Guru Baba Rusli Bin Jamaudin Al-Banjari
Tarikh: 14 – 24 Ogos 2026
Bersamaan: 1 – 11 Rabi’ul Awwal 1448H
Masa: 8.00 malam – 10.00 malam
Yuran Penyertaan (Pengajian & Softcopy Kitab): RM120
_Qasidah Burdah bukan sekadar rangkaian syair pujian. Ia adalah luahan cinta seorang hamba kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang telah menjadi wasilah melembutkan hati, menyuburkan mahabbah, memperindahkan akhlak dan membimbing jiwa semakin hampir kepada Allah SWT._
Pengajian boleh diikuti secara bersemuka atau secara langsung melalui Private Group,yang akan diberikan kepada peserta yang telah mendaftar.
_Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita hati yang dipenuhi cinta kepada Rasulullah SAW menghidupkan roh ibadah, membuka hijab-hijab makrifah, menghiasi diri dengan akhlak Baginda, serta menghimpunkan kita bersama golongan yang mendapat syafaat dan kasih sayang Baginda di dunia dan di akhirat.
Mohon buat pendaftaran awal bagi memudahkan urusan penyediaan kitab dan pengurusan program.
Pondok MADAS
ILMU • AMAL • YAKIN
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran:
Pak Lang – 010-818 9300
Cek Ma – 019-966 1012
“Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, Allah akan memahamkannya dalam urusan agama.” (HR Bukhari & Muslim)